sunnah_jaya

About Me ...

Kejayaan Semua Manusia Adalah Dalam Agama Yang Sempurna Iaitu Sejauh Mana Dapat Mentaati Perintah ALLAH Dengan Mengikuti Cara Nabi MUHAMMAD S.A.W.

Isnin, 17 Mac 2008

KISAH IMAM EMPAT

Imam Ahmad Bin Hambal Dicambuk Dan Dipenjarakan

Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya.

Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan kadangkala mengambil upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah.

Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar mengarang dan menghafal Al-Quran. Beliau bekerja keras dalam menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai seorang ulama yang sangat banyak ilmunya, Ibnu Hambal pun seorang yang teguh imannya, berani berbuat di atas kebenaran. Dia tidak takut bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam menegakkan kebenaran itu. Kerana Allah memang telah menentukan bahawa setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji keimanannya. Termasuk juga para nabi dan rasul yang tidak pernah lepas dari berbagai ujian dan cubaan.

Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu akan mendampingi orang-orang yang beriman apalagi orang yang menegakkan kebenaran. Demikian juga halnya dengan Imam Hambali, terlalu banyak bahaya yang dihadapinya dalam berjuang menegakkan kebenaran agama. Ujian itu datangnya bermacam-macam kadangkala dari musuh kita dan dapat juga timbul dari kawan-kawan yang merasa iri dengan kebolehan seseorang.

Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga barangsiapa yang bertentangan pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat seksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang ulama bernama Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu menerima pendapat tersebut. Bahkan terhadap orang yang berpendapat demikian akan diberi hukuman. Kerana ancaman itu akhirnya Basyar melarikan diri dari Baghdad.

Sultan Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara yang belum pernah aku lakukan terhadap yang lain?” Selama 20 tahun lamanya Syekh Basyar menyembunyikan diri dari kekuasaan Sultan.

Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia, kemudian diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari persembunyiannya. Kembali ia mengeluarkan pendapatnya itu, bahawa Quran itu adalah makhluk. Al-Amin juga sependirian dengan ayahnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Ia mengancam berat terhadap orang yang mengatakan Quran itu makhluk.

Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin iaitu Al-Makmun. Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah pendapat tentang Quran itu makhluk mula diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian. Pada suatu kali oleh Al-Makmun diadakan pertemuan para ulama besar, untuk membincangkan hal itu, tetapi para ulama tetap berpendapat bahawa Al-Quran itu adalah makhluk. Al-Makmun mengharapkan supaya pendapat itu diterima orang ramai.

Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa “Al-Quran itu bukan makhluk?” Hanyalah Imam Hambali. Secara terus terang ia berkata di hadapan Sultan:“Bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah Kalamullah.”

Imam Hambali satu-satunya ulama ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa. Kemudian ia ditangkap dan dihadapkan ke hadapan baginda. Ia dipanggil bersama tiga orang ulama yang lainnya, iaitu Imam Hassan bin Muhammad Sajah, Imam Muhammad bin Nuh dan Imam Ubaidah bin Umar. Kedua ulama di antara mereka sama menjawab dan membenarkan pendapat baginda sementara Imam Hambali dan Imam Muhammad bin Nuh dengan tegas menjawab bahawa Quran itu bukanlah makhluk. Keduanya lalu dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa hari dalam penjara datang surat dari Tharsus yang meminta supaya keduanya dibawa ke sana dengan dirantai.

Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan tangannya dan ditunjukkan di hadapan orang ramai. Kemudian dibawa ke Tharsus, sesampainya di sana keduanya dimasukkan ke dalam penjara. Kerajaan mempunyai seorang ulama besar bernama Ahmad bin Abi Daud, yang pandai berbicara namun lemah dalam pendirian.

Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Baginda raja menerima usulan tersebut. Lalu Imam Hambali dihadapkan depan raja dan ditanyakan tentang pendiriannya. Namun ia tetap menyampaikan pendiriannya bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah bukan makhluk. Dan ia menegaskan lagi bahawa ia tidak akan berubah dari pendiriannya itu.

Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda sendiri. Kemudian baginda memanggil Imam Hambali dan berkata: “Atas nama saya sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW saya akan memukul engkau beberapa kali, sampai engkau membenarkan apa yang telah saya benarkan, atau mengatakan seperti yang saya kata?” Kerana Imam Hambali masih tetap dengan pendiriannya, maka baginda memerintahkan kepada perajuritnya untuk memukul Imam Hambali.

Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau mengucapkan “Bismillah.” Ketika cambuk yang kedua, beliau mengucapkan “La haula walaa quwwata illaa billah” (tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk yang ketiga kalinya beliau mengucapkan “Al-Quran kalaamullahi ghairu makhluk” (Al-Quran adalah kalam Allah bukan makhluk). Dan ketika pada pukulan yang keempat, beliau membaca surah At-Taubah ayat 51.
“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami.”Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah.

Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu hari ketika Imam Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan tangan yang terbelenggu, seorang yang alim bernama Abu Ja’far Al-Anbari menghampiri beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya: “Hai Abu Ja’far apakah engkau susah melihat keadaanku?” “Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan mengikutimu, dan bila engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu menjawab seperti apa yang ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh orang, pasti engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka.”

Mendengar kata-kata Ja’far itu beliau mencucurkan air mata dan berkata: “Masya-Allah!, Masya-Allah!, Masya-Allah!. Kemudian beliau pun dikunjungi oleh bekas penjahat bernama Abdul Haitsam Al-Ayyar dan berkata kepada beliau: “Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran.”

Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M) setelah memerintah 20 tahun lamanya, yang mengganti beliau ialah saudaranya yang bernama Ishaq Muhammad bin Harun Al-Rasyid yang bergelar dengan Al-Muktashimbillah. Sebelum Khalifah Al-Makmun meninggal dunia beliau telah berpesan kepada bakal penggantinya itu bahawa faham Al-Quran itu makhluk harus dipertahankan.”

Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak sependirian dengan faham kerajaan itu atas dasar hasutan seorang ulama kerajaan yang bernama Qadhi Qudhoti Ahmad bin Abi Daud (Daud). Ulama inilah yang memberikan usulan kepada Al-makmun bahawa jika Imam Ahmad bin Hambal tetap tidak mahu mengikuti bahawa Al-Quran itu makhluk hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat.

Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud masih tetap menjadi qadi kerajaan. Pada suatu hari Qadi kerajaan ini cuba mengadili Imam Hambali dengan melakukan perdebatan akhirnya Ahmad bin Daud kalah kerana tidak dapat mengemukakan alasan yang lebih kuat. Walaupun demikian Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke dalam penjara.

Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi. Khalifah Al-Muktashim bertanya: “Al-Quran itu adalah baru, bagaimana pendapat anda.” “Tidak!, Al-Quran adalah kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana di dalam Al-Quran dan hadith tidak disuruh membahas soal tersebut.” Jawab beliau.

Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa. Baginda berkata: “Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini, maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al-Quran itu makhluk, supaya kamu selamat.”

Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa tali seluar yang menutup auratnya putus dan hampir turun ke bawah. Beliau pun mengangkatkan mukanya ke atas sambil berdoa: “Ya Allah!, atas namaMu yang menguasai Arsy, bahawa jika Engkau mengetahui bahawa saya adalah benar, maka janganlah Engkau jatuhkan penutup aurat ku.” Ketika itu pula seluar beliau yang akan jatuh itu naik ke atas kembali sehingga aurat beliau tidak jadi terlihat oleh orang ramai.

Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib. Para hakim dan orang- orang hadir kemudian berbuka puasa di hadapan beliau. Sementara beliau dibiarkan saja tidak diberi sesuatu makanan untuk berbuka. Demikianlah seterusnya, pada hari yang kedua pun beliau masih tetap didera sampai seluruh badannya mencucurkan darah. Pada hari ketiga beliau masih tetap didera sehingga pengsan.

Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan puteranya Al-Watsiq. Pada masa ini banyak penganiayaan dilakukan terhadap para ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang memancung leher ulama terkenal yakni Ahmad bin Naser Al-Khuza’i. Kepala Ahmad bin Naser digantung dan diletak tulisan yang berbunyi: “Inilah kepala Ahmad bin Naser yang tidak mahu mengakui bahawa Al-Quran itu makhluk, maka Tuhan memasukkan Ahmad bin Naser ke dalam neraka, kepala ini menjadi peringatan bagi mereka yang memalingkan dirinya dari kiblat.” Demikianlah tulisan yang diletakkan dekat leher Ahmad bin Naser.

Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan dengan saudara beliau yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada masa inilah dicabut tentang faham muktazilah dan diadakan pembebasan terhadap semua ulama yang ditahan, termasuk Imam Ahmad bin hambal. Sementara itu Imam Hambali setelah dibebaskan beliau diberi hadiah sebanyak l0,000 dirham, namun hadiah tersebut beliau tolak. Kerana dipaksa untuk menerimanya, akhirnya beliau terima dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau meninggal dunia yang fana ini dengan tenang dalam usia 77 tahun. Setelah mendengar wafatnya beliau, seluruh Kota Baghdad menjadi gempar jenazah beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang muslimin. Demikian berakhirnya riwayat seorang penegak kebenaran dan meninggikan ilmu pengetahuan, setelah melalui berbagai seksaan dan penganiayaan. Semoga mereka yang berjuang pada jalan Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu mendapat keberkahannya dan keredhaanNya.

Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya menerima ujian dan cubaan dengan berbagai penganiayaan dan seksaan. Firman Allah ertinya:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”(Al-Ankabut: 2-3)


Imam Syafi'e Ditangkap Dan Dirantai

Imam Syafi'e bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah(Ghaza) nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik. Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau. Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”
Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut.

Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.” “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” “Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam.

Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.


Imam Malik Diheret Dan Didera

Imam Malik dilahirkan di sebuah perkampungan kecil yang bernama Ashbah, yang terletak di dekat Kota Himyar jajahan Yaman. Nama aslinya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-Ashabally. Beliau adalah seorang ulama besar yang lahir di Madinah serta mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia Islam.

Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjabat sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah penceraian atau talak, maka Imam Malik telah menyampaikan fatwanya, bahawa talak yang dipaksakan tidak sah, ertinya talak suami terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanan dengan kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith yang disampaikan oleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga akhirnya Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor.

Kemudian gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali, dan jangan sampai orang ramai mengetahui akan hal itu. Walaupun demikian Imam Malik tidak mahu mencabutnya. Fatwa tersebut tetap disiarkan kepada orang ramai. Talak yang dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Malik sengaja menyiarkan fatwanya itu ketika beliau mengadakan ceramah-ceramah agama, kerana fatwa tersebut berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia.

Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarik kembali fatwanya itu.

Mereka mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu dan hilang pendiriannya. Tetapi Imam Malik masih tetap dengan pendiriannya itu. Kerana ketegasannya itu, dia dihukum dengan sebat sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya hampir patah. Kemudian ia berkata kepada sahabat-sahabatnya: “Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.”

Bagi Imam Malik hukuman semacam itu, bukanlah mengurangi pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh jiwanya. Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Imam Al-Laits, seorang alim menjadi mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga.” Insya Allah.


Imam Abu Hanifah Diracun

Imam Abu Hanifah adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi.

Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:
1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah. 2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah. 3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.

Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah.

Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.

Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut.

Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.

Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.

Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.

Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.

Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.

Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”

Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.

Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.

Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Hanafi. Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.

Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.

Suatu hari Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”

Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Hanafi itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.

Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin. Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”

Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”

Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut. Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.

Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.

Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.

Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun.

Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka berikan.

Isnin, 18 Februari 2008

HARTA MENJADI ULAR !!!








Imam Ghazali Rahmatullah 'Alaih mengatakan bahawa di dalam harta terdapat manfaat sekaligus mudharat. Ibarat ular, bagi yang dapat menjinakkannya, dia dapat menangkapnya dan mencabut giginya yang berbisa, kemudian membuat penawar dari racunnya. Tetapi bagi orang yang tidak pandai menjinakkannya, apabila dia mencuba menangkapnya, maka ular itu akan mematuknya dan dia akan celaka.

Seseorang dapat selamat dari racun harta dengan menjaga 5 perkara:

1. Memikirkan tujuan harta itu, dengan tujuan apa harta itu dicari,
kemudian dia bertumpu kepada tujuan itu sahaja.

2. Menjaga dengan hati-hati cara mendapatkan harta itu. Sentiasa
menjaganya agar tidak tercampur dengan cara-cara yang bertentangan
dengan syari'ah. Misalnya, dalamhadiah ada kemungkinan bercampur
dengan suap (rasuah). Atau meminta-minta yang mendatangkan kehinaan.

3. Tidak menyimpannya lebih daripada keperluan, tetapi
menyimpannya hanya sekadar keperluan sahaja dan selebihnya segera
belanjakan / infaqkan di jalan Allah S.W.T.

4. Menjaga cara membelanjakan harta supaya tidak dibelanjakan
kepada yang tidak patut atauyang tidak dibenarkan oleh syari'ah.

5. Menjaga keikhlasan niat ketika mencari harta , membelanjakannya
dan menyimpannya sekadar keperluan sendiri semata-mata kerana
untuk mendapat keredhaan / menyukakanAllah S.W.T. Apa yang
disimpan dan digunakan juga semata-mata untuk memperoleh
kekuatan dalam mentaati Allah S.W.T .




Sabtu, 16 Februari 2008

MANUSKRIP AL-QUR'AN
















Jumaat, 15 Februari 2008

KARKUZARI / LAPORAN MENGENAI USAHA DAKWAH

KARKUZARI JEMAAH MALAYSIA KE JERMAN

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarganya dan sahabat-sahabatnya yang diredhai Allah s.w.t. Ke hadapan yang mulia syura Malaysia dan rakan-rakan seusaha di seluruh tanah air. Diharap dalam keadaan sihat sejahtera dan senantiasa dalam keadaan fikir risau dalam menjalankan usaha atas hidayah. Moga-moga Allah s.w.t terima kita dan jadikan kita asbab hidayah untuk seluruh alam.

Alhamdulillah, berkat fikir dan risau tuan-tuan di sana, jemaah Malaysia pertama ke Jerman telah dapat dibentuk dan setakat ini Alhamdulillah semua ahli jemaah dlm keadaan sihat dan satu fikir dalam usaha untuk menyempurnakan takaza agama di sini.

Sebelum jemaah kami buat persiapan hendak bertolak ke Jerman, jemaah kami telah di tashkil di beberapa tempat di England dan Alhamdulillah kami telah dapat buat jorr di markaz Dewsbury. Tujuan jorr tersebut adalah untuk menyempurnakan takaza bagi beberapa buah negara di sekitar Eropah dan Amerika seperti Surinam, Holland, France, South Africa dan lain-lain. Seramai 70 orang pelajar telah hadir di jorr tersebut yang kebanyakannya adalah post-graduates. 10 jemaah tunai dan jemaah bayangan telah dibentuk untuk memenuhi takaza di negara-negara tersebut. Usaha awal pelajar-pelajar Malaysia dahulu sangat dipuji oleh orang-orang England kerana kebanyakan asbab daripada usaha mereka bermulanya usaha agama di England. Nama-nama seperti arwah Dr Ghani dan yang lain2nya sering disebut dibibir mereka.

Selepas jorr/ijtima'(perhimpunan) tersebut, jemaah kami telah bertolak ke Jerman dgn menaiki van dan bersama-sama dgn jemaah kami 3 org Malaysia yang berada di England telah turut serta. Perjalanan kami telah mengambil masa hampir 2 hari.

Germany adalah sebuah negara yg besar dan mempunyai seramai 85 juta orang penduduk dan 6 juta daripada mereka merupakan muslim yg kebanyakannya teridir drpd org Turki(seramai 3 juta). Penduduk Islam di sini terdiri drpd 99 buah negara. Ada yg drpd Morocco, Algeria, Tunisia, Somalia, Sudan, Nigeria, Pakistan, Bangladesh dan lain-lain. Kebanyakan mereka di sini menguasai bahasa Jerman. Dalam satu masjid kami beri bayan(penerangan),orang yg duduk dengar bayan datang daripada 12 negara.

Jerman adalah sebuah negara di benua Eropah yg paling ramai penduduknya datang daripada luar negara. Ada lebih kurang 3500 buah masjid di Jerman. Usaha jemaah masjid di sini masih di peringkat baru tapi ramai orang yg bagi masa untuk hidupkan amalan jemaah masjid. Dan jemaah 4 bulan dan 40 hari serta 3 hari keluar daripada masjid mereka masing2 kerana di sini belum ada markaz. Di sini jemaah utk umumi jaulah tidak boleh terlalu ramai (maksimum 4 orang) dan kadang2 kita buat doa manzil pun dlm kenderaan dan dlm masjid. Sepanjang tashil kami di Jerman tiap2 masjid ada mengeluarkan jemaah 3 hari.

Jerman adalah negara yg ketiga terkuat selepas England dan France. Di sini usaha yg paling maju ialah di Berlin. Mesyuarat utk seluruh Jerman diadakan 3 bulan sekali. Di setiap masjid yg kami pergi, ada saja orang masuk Islam dan sepanjang tashkeel kami, seramai 14 orang telah masuk Islam dan 3 drpdnya jemaah sendiri yg ajar mereka ucap syahadah. Boleh dikatakan setiap hari di Jerman ini ada org masuk Islam. Ada yg kami jumpa 2 adik beradik abangnya berumur 18 tahun dan adik perempuannya berumur 15 tahun telah secara sembunyi-sembunyi masuk Islam dari pengetahun ibu bapanya dan dia telah buat ta'lim secara sembunyi bersama adiknya. Apabila dia pergi ke masjid, dia akan memasukkan baju 'kurta'nya(jubah) ke dlm seluar(tuck in) utk mengelakkan ibu bapanya daripada mengetahui yg dia telah masuk Islam.

Ada satu lagi yg kami jumpa, di mana hasratnya yg ingin hendak masuk Islam menyebabkan dia telah pergi ke sebuah masjid Turkey dan bertanya tentang Islam tetapi apa yg diberitahu oleh pihak masjid kamu pergilah sendiri ke Mekkah utk belajar Islam dan dia amat kecewa sekali dengan jawapan yang diberikan. Walaupun begitu dia pergi lagi ke sebuah masjid kepunyaan orang Morocco di mana dia lihat org di sana bertelagah sesama sendiri dan ini membuatkan dia berasa bingung. Akhir sekali dia pergi ke sebuah masjid yang mana tempat jemaah berkumpul dan dia telah terpegun melihat orang daripada berbilang bangsa dan termasuk jemaah kami orang Malaysia berada di situ dalam keadaan satu hati dan kasih sayang antara satu sama lain dan dia pun berfikir inilah orang Islam yang sebenarnya maka dia pun dapat hidayat.

Di satu lagi tempat di Germany(Dusseldorf), kami telah jumpa 2 adik beradik yg telah memeluk Islam yang mana emak mereka adalah orang kristian Kadazan(Sabah) dan bapanya adalah orang Jerman. Kedua2 mereka ini baru setahun masuk Islam dan Alhamdulillah mereka telah banyak belajar tentang Islam dan berpakaian full-sunnah. Sekarang si abangnya sedang mendapatkan passport utk keluar 4 bulan dan adiknya akan keluar 40 hari dlm masa terdekat. Kesan daripada akhlak mereka berdua, emak mereka akhirnya telah memeluk Islam pada 9 bulan yang lepas selepas bapanya meninggal dunia. Walau bagaimanapun mereka amat bersedih kerana ayah mereka mati tanpa kalimah Laa Ilaha Ilallah.

Usaha dakwah di Jerman walaupun masih baru, tetapi nusrah/bantuan sangat baik di sini. Banyak jemaah daripada Pakistan, Bangladesh, Arab, England, France dan lain-lain begitu juga dengan jemaah masturat(wanita) telah masuk ke Jerman untuk buat usaha dakwah. Di sini ramai karkun tempatan yang berkahwin dengan orang Jerman dan ini memudahkan jemaah masturat(wanita) daripada luar negara datang ke Jerman kerana tidak timbul masalah bahasa.

Satu karkuzari jemaah Bangladesh yang keluar di Jerman yang mana satu orang pun dalam jemaah itu tidak tahu berbahasa Inggeris apatah lagi bahasa Jerman. Tetapi dgn fikir dan risau mereka, setiap org yang mereka jumpa mereka telah gunakan bahasa mereka sendiri sehingga dlm satu umumi jaulah yg mereka buat, seramai 22 orang Jerman kulit putih telah ikut mereka pergi ke masjid dan masuk Islam.

Setakat ini, apa yg kami nampak, jemaah Malaysia dan masturat perlu dihantar ke Jerman utk sempurnakan takaza di sini. Jemaah kami begitu mudah membuat usaha kerana orang tempatan amat menghormati orang Malaysia disebabkan latar belakang kita yang baik dan lemah lembut sehinggakan org Turkey dan org Arab pun begitu senang dan mesra dgn jemaah kami. Di UK juga, perlunya dihantar jemaah kerana banyaknya takaza terutamanya utk memberi nusrah dlm usaha pelajar yg sibuk dgn pelajaran mereka.

Akhir kata, doalah utk kami di sini moga2 usaha yg sedikit ini kata org seperti menabur benih dan hasil yg besar akan diperolehi kelak dan jadikan mereka org Germany sebagai asbab hidayat utk seluruh Eropah dan seluruh alam sehingga ke hari kiamat. Wassalam.
Ahli jemaah:
1. Ust. Shafiee(Kuantan)-Amir jemaah
2. Hj. Othman(Kuantan)
3. Abd. Halim(Kuantan)
4. Hj. Naseem(Kuantan)
5. Hj. Seman(Melaka)
6. Lagimin(Batu Pahat)
7. Adeli Nawawi(Kuching)
8. Abang Abd Rahman(Kuching)
Jemaah 4 bulan ini dibentuk pada bulan Mei 2003.

KARKUZARI JEMAAH MALAYSIA KE U.K DAN EROPAH

Daripada: Hj. Othman Sipol & Jemaah 4 bulan Marhala Seri Petaling ke UK & Eropah
Kepada: Syura Malaysia
5hb. November 2002

Assalamualaikum warah matulLah wabarakatuh.

AlhamduliLlah dengan fazal karim Allah swt, jemaah kami telah membuat usaha di tujuh buah masjid sepanjang safar kami di Holland, iaitu 4 buah masjid java (Indonesia) dan 3 buah masjid Arab (Morocco). Untuk masjid Indonesia, kami dapati masjid tidak dimakmurkan. Di masjid An-Nur, Waalwijk, kami membuat usaha selama 5 hari. Saudara seislam di situ hanya datang pada waktu solat Jumaat, itu pun hanya 17 orang. Hari biasa, jemaah kami yang solat, orang tempatan tiada. Di sini, Pengerusi masjid (Ibrahim Lessy) pernah keluar 3 hari dan dia suka kepada usaha dakwah. Dia telah berumur dan bekerja hingga jam 9.00 malam. Hari Jumaat malam , kami membuat kenduri, cuma 5 orang yang hadir. Umat islam (Indonesia) sibuk bekerja, lebih sibuk dari orang Holland.

Seterusnya pada 19hb. Oktober 2002, jemaah kami cuba membuat usaha di Masjid Indonesia di Riddenkerk. Masjid ini sama seperti di Masjid Waalwijk. Ia adalah sebuah bangunan masjid yang didirikan oleh kerajaan Holland. Imam masjid menasihati kami jangan datang ke masjidnya kerana seorang penduduk tempatan di situ disaksikan terlibat dengan pengeboman di Bali.

Jemaah kami meneruskan perjalanan ke Roterdam, membuat usaha di Masjid Abu Bakar, iaitu sebuah masjid Arab Maghribi. Kami membuat ghast/jaulah(ziarah) dan muzakarah 5 amal masjid dan imam terlalu suka dengan jemaah dan dia telah memulakan pembacaan kitab Ta'lim Riyadus Soliheen lepas Asar.

Pada 22hb. Oktober 2002, jemaah kami cuba membuat usaha di masjid Jamiatul Hasanah, mosala para Surinam, tetapi tidak mendapat kebenaran oleh pihak komiti. Jemaah kami kemudian membuat usaha di Masjid Dar Hijrah Rotterdam (Masjid Somali). Di sini setelah jemaah kami mengadakan muzakarah jemaah masjid, kami berjaya mengeluarkan jemaah 3 hari sempurna seramai 9 orang. Inilah jemaah yang julung kali dikeluarkan dari masjid ini, terdiri daripada orang Arab, Pakistan dan Somali.

Seterusnya, jemaah kami telah berpindah ke Masjid Rukun Islam Den Haag. Masjid ini adalah sebuah rumah yang dibeli secara kerjasama antara penduduk jawa (Surinam) sejak 5 tahun lalu. Di sini ada 3 orang rakan seusaha yang pernah keluar 3 hari dahulu iaitu:

1. Ahmad Hidayat
Erasmas Weg 248
2532 EA Den Haag
(Beliau ini adalah seorang Belanda yang memeluk Islam 8 tahun lalu dan fasih
berbahasa Indonesia).


2. Bapak Samin Difogkarto (H/P: 0613602604)
Beliau pernah keluar 10 hari dengan jemaah Ust. Husni (Sabak Bernam) semasa di
Surinam. Beliau tinggal di sini seorang diri. Isterinya telah meninggal dunia. Enam anaknya telah murtad memeluk agama bathil (Kristian).


3. Bapak Harun
Faellan Lan 311A
House: 0703893418

Di masjid ini ditakmirkan dengan 3 waktu solat berjemaah. Sembahyang Jumaat 30 orang hadir. Setiap hari Ahad, diadakan program pengajian umum untuk kaum bapak, ibu dan kanak-kanak. Jemaah kami diberi peluang memberi targhib selepas solat zhuhur. Di masjid ini, 3 orang pelajar Indonesia yang belajar di Universiti Laden, 150 km dari masjid ini, setelah diusuli telah berjaya dibawa keluar 1 hari bersama jemaah kami. Di sini kami telah bentangkan jemaah masjid dan dengan izin Allah, pembacaa taklim telah dapat dimulakan. Semasa di masjid ini, 8 orang rakan seusaha Indonesia dari Hoogzand telah dating nusrah selama 3 hari. Dengan nusrah mereka, maka jemaah kami telah banyak berjumpa dengan orang Indonesia yang tinggal di sini. Jemaah kami dapat menyediakan br. Ahmad Hidayat keluar 40 hari bulan Ramadhan ini.

Jemaah kami seterusnya diminta membuat usaha di Masjid Hikmah, sebuah bangunan gereja yang telah dibeli dan diwaqafkan oleh adik bekas Presiden Suharto, tetapi tiada kebenaran. Sepatutnya, jemaah kami membuat usaha di sebuah masjid di Den Haag.

Oleh kerana jemaah kami tiada dalil/rahabar(penunjuk jalan) untuk membuat usaha di masjid itu, maka syura Holland meminta jemaah kami membuat usaha di masjid Morocco. Masjid Ek Mohsain Stationsweg 89 2515 EK Den Haag Di masjid ini ada 4, 5 orang rakan seusaha, seorang telah keluar 4 bulan dan 2 orang 40 hari. Tiada amal yang sempurna. Jemaah yang sembahyang 5 waktu ramai. Oleh kerana tiada amal jemaah masjid, saya dan seorang ustaz telah dipanggil oleh AJK masjid dan bertanyakan siapa yang membenarkan kami masuk ke masjidnya. Inilah bahangnya apabila ada rakan seusaha tetapi tidak membuat usaha tempatan menyebabkan komiti tidak faham mengenai usaha dakwah nabi.

Dari masjid ini, jemaah kami telah membuat kunjungan di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Holland.Jemaah kami telah berjaya mengumpulkan 5 orang kakitangan kedutaan dan menerangkan akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah dan penyambung kerja nabi.
Konsulat kedutaan ini suka dengan usaha dakwah. Namanya Ust. Jamaludin Bajuri. Dia selalu datang malam markaz Amsterdam.

Seterusnya, 1hb Nov., jemaah kami membuat usaha di sebuah masjid Indonesia di kawasan flat yang padat penduduknya.Hampir 30 orang hadir solat Jumaat. Kami telah diminta memberi bayan sebelum solat Jumaat. Di sini seorang Pakistan, Br. Latif (H/P: 020-6951362) membuat usaha dan hidupkan ghast, tetapi seorang Indonisa pun belum dipilih oleh Allah untuk membuat kerja.

Seterusnya pada 2 Nov. 2002, jemaah kami telah pergi ke Masjid An Noer Hoogezand, 250 km dari markaz Amsterdam. Melalui melihat usaha di sini barulah jemaah kami mendapat gambaran usaha di Holland, khususnya di kalangan orang Jawa dan Surinam. Mereka datang ke Surinam seawal tahun 1900an sebagai buruh paksaan. Hampir seratus tahun tidak didedahkan dengan dakwah Islamiah. Penjajahan memberi didikan dakyah kristian kepada anak-anak mereka dan ramai anak-anak mereka memeluk kristian.

Di Hoogland, ada 300 keluarga Islam jawa. 80-80% tidak tahu bersembahyang. Jika emak bapak mereka tidak sembahyang, bayangkan dengan anak-anak mereka. Syukur dengan rahim, karim Allah swt., Allah telah bangunkan kerja dakwah Nabi dikalangan anak-anak jawa di sini. Radjab berumur 44 tahun. Pada mula-mula dia mengambil kerja dakwah ini 8 tahun yang lalu, dia dikatakan gila. Beliau bekerja sebagai polis (pegawai keselamata Holland). Tetapi semenjak 5 tahun yang lalu, jemaah demi jemaah dihantar di sini seperti dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Fiji, pelajar UK, Mesir, Pakistan, dan Bangladesh, ramai anak-anak tempatan mula mengambil kerja ini seperti Pak Sulaiman, Farid, Sopian, Mohamad Ahmad, Abdul Rahim, maka orang tempatan mula menerima usaha ini. 5 tahun dahulu, masjid hanya dibuka untuk hari Jumaat sahaja seperti kebanyakan masjid-masjid Indonesia yang ada di Holland. Dengan mengambil kerja nabi, Allah telah tunjukkan kesannya. Isteri Radjab 8 tahun lalu Kristian Katholik. Apabila Radjab keluar 4 bulan dan dia meminta isterinya menterjemahkan kitab Fadahil Amal dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Holland. Selepas dia selesai menterjemahkannya dalam masa 8 bulan, dia telah memeluk agama Islam. Salam, seorang Imam, baru mula bersembahyang 5 tahun lalu. Seorang lagi karkun, baharu 3 tahun lalu memeluk Islam dan terus membuat kerja Nabi.

Allah telah meletakkan pemimpin orang Jawa Surinam seperti Pak Sulaiman yang mempunyai 300 rakan yang buat kerja dakwah di sini, telah keluar 40 hari setiap tahun semenjak 5 tahun yang lalu. Pada 12 Nov. 2002 ini, beliau bersama 5 orang dari Masjid An Noer akan keluar 2 bulan ke Surinam. Sebenarnya, di bawah Pertubuhan Syarikat Islam yang dipengerusikan oleh Pak Sulaiman, kesemua mereka ini takut dating ke masjid kerana tidak tahu hendak menunaikan sembahyang. Pak Sulaiman 'ikram' mereka. Pada bulan puasa, mereka dijemput minum-minum dalam majlis sembahyang terawih tetapi tidak bersolat terawih. Lepas solat terawih, Pak Sulaiman akan membaca kitab Fadhail Amal.

Jemaah kami telah membuat usaha di sini selama 4 hari dengan memberi targhib kepada penduduk tempatan untuk memulakan usaha tempatan mengimarahkan masjid 2 1/2 jam ke arah 24 jam. Rakan seusaha di sini telah menyatakan untuk memulakan tertib ini sehingga ke hari kiamat. Kedatangan jemaah kami dikatakan banyak membawa rahmat. Jemaah 2 bulan yang telah dibentuk untuk membuat usaha di Surinam pada 12 Nov. ini telah kami mantapkan lagi dengan izin Allah. Pada 3 Nov. (Ahad), jhor remaja yang dibuat sebulan sekali telah diadakan di masjid ini. Jemaah kami telah memberi bayan dan jemaah remaja telah dibentuk pada cuti krismas 2 minggu mulai 21 Dis. 2002.

Di marhalah ini, jemaah kami membuat 2 bayan ad-hoc masturat(wanita). Makcik-makcik di sini cukup terharu, meminta satu jemaah masturat di kalangan mereka yang boleh berbahasa Inggeris dan jawa untuk mengajar tertib kerja masturat(wanita) kepada mereka. Di sini, jemaah masturat(wanita) kurang sangat yang sambutan. Semenjak 10 tahun lalu, satu sahaja jemaah masturat dari Pakistan yang datang membuat usaha di sini. Takaza ini sangat penting kerana 80-90% perempuan di sini tidak tahu bersolat. Isteri seorang karkun, sejak dia berkahwin sehingga sekarang 18 tahun tidak pernah bersembahyang dan tidak berpuasa pada bulan puasa. Begitu keadaan isteri seorang karkun yang suaminya ada fikir agama, bagaimana dengan isteri orang awam di sini. Oleh itu, sangat penting jemaah masturaat 2 bulan dihantar segera di sini, jika makin lambat, bertambah ramai orang yang akan mati kufur. Saudara kami di kawasan Hoogzand, Groningaen telah menyediakan 10 buah rumah di mana suaminya pernah keluar 40 hari. Marhala ini kami dapati satu-satunya marhala di Holland yang telah berjaya membuat kerja tertib kerja kenabian. Dua orang karkun menjadi imam dan karkun juga penggerak utama aktiviti masjid dan orang kampung nampak tiada uasaha lain yang boleh menyelamatkan masalah umat khususnya di Holland kecuali dengan membuat kerja nabi.

Apabila jemaah kami hendak tangguh, semua orang kampung yang hadir dalam solat maghrib berpelukan dengan kami dengan menangis-nangis jika tata kelakuan mereka tidak menyenangkan kami. Dari segi nusrah makan minum, lebih hebat jikalau keluar di Sri Langka. Orang tempatan yang belum pernah keluar 3 hari pun memberi nusrah makan. Untuk pengikut Pak Sulaiman yang tidak hendak datang ke masjid, biasanya apabila karkun tempatan membuat khususi, akan ditolak dan dimarahi. Tetapi apabila kami datang dan berbahasa Jawa apabila bercakap dengan mereka, mereka menerimanya dengan senang hati. Jemaah kami khususnya amir sab(ketua) memberi bayan subh dan targhib dalam bahasa Jawa. Ini nampaknya lebih secucuk dengan mereka berbanding dengan jemaah dari lain-lain negara.

Pada 7hb. Nov. 2002, jemaah kami bertolak ke Dewsburry melalui Liverpool. Syura Holland dan orang tanggungjawab menangisi pemergian pulang kami dan mengharapkan jemaah lain perlu dihantar segera.

KARKUZARI JEMAAH YANG BERUSAHA DI KASHMIR
(KAWASAN YANG DILANDA GEMPA BUMI PADA 8 OKT 2005)

Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.

Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh. Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur'an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat. Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya. Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama.

Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka. Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami. Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.

Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu'))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.


Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi


Sehari sebelum gempa bumi di kasawan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk. Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi. Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.

Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka. Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.

Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut.Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.
Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk. Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan. Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian. Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi.Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.
Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima oleh Allah S.W.T. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn manaiki helikopter. Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat. Setelah menghadapi mujahadah(susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.
Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan.Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.
Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad S.A.W atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur'an atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T utk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.
Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati. Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W (dakwah,ta'lim ta'lum,ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.
Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang. Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005.

Khamis, 14 Februari 2008

MISWAK (KAYU SUGI)


SEJARAH MISWAK

Miswak yakni ranting kayu yang digunakan untuk menggosok dan mencuci gigi telah digunakan lama sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Akar kayu sugi yang digunakan untuk membersihkan gigi dan mulut bukan sahaja mengandungi zat anti-microbe (anti kuman), malah dapat menentang penyakit anaemia. Selain daripada memberikan kesihatan kepada mulut, ia turut mendatangkan kesukaan kepada Yang Maha Pencipta. Allah SWT telah menjanjikan balasan berganda bagi sesiapa yang bermiswak dalam beribadah. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengabaikan penggunaan miswak.

Dalam hadis-hadis yang diriwayatkan menunjukkan bahawa miswak adalah sunnah atau amalan semua nabi-nabi Allah 'Alaihissalam.

Abu Ayub R.Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda " Empat perkara di antara sunnah-sunnah Para Ambia' adalah berkhitan,memakai 'athar(wangi-wangian),miswak dan bernikah."
(HR Ahmad dan Tirmidzi)

FADHILAT MISWAK

1.Menghilangkan bau busuk dan memperbaiki deria rasa.
Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berakata,"Kebaikan yang terkandung di
dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap
busuk naik daripada perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di
dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan
miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.
2.Mempertajamkan ingatan.
Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."
3.Mempertajamkan kecerdasan.
Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan
percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang
soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'.
(Thibbi Nabawi)
4.Menghilangkan balgham(kahak).
Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak menghapuskan balgham."
(Ihya-ul-'Ulum)

5.Menyembuhkan penyakit.
Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati."
(Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)
6.Miswak mewangikan mulut.
7.Miswak memperkuatkan gusi.

8.Miswak menahan gigi daripada reput.

9.Miswak menahan kerosakan gigi yang lebih kritikal akibat
kereputan yang telah ada pada gigi.

10.Miswak menyembuhkan sakit kepala.

11.Miswak menolong menghilangkan sakit gigi.

12.Miswak memberikan nur (cahaya) pada wajah orang yang
selalu menggunakannya.

13.Miswak mencahayakan gigi.

14.Miswak menghilangkan kekuningan pada gigi.

15.Miswak memperkuatkan penglihatan.

16.Miswak menolong menghadamkan makanan di dalam badan.

17.Miswak melawaskan suara.

18.Miswak memudahkan selera.

19.Miswak menambahkan kelancaran percakapan.
Abu Hurairah R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak menambahkan kelancaran
percakapan seseorang."
(Al-Jaami')
20.Miswak memudahkan selera makan.
(Thibbi Nabawi)
21.Miswak menambahkan kelancaran percakapan.
Abu Hurairah R.'Anhu berkata bahawa: "Miswak menambahkan
kelancaran percakapan seseorang."
(Al-Jami')
22."Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan
kesukaran maut.Selalu menggunakannya akan memudahkan
roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba."
(Syarhus-Sudur)
23. Syaitan sangat benci orang yang menggunakan miswak.


Dan banyak lagi fadhilat miswak.....




Rabu, 13 Februari 2008

FADHILAT SENYUMAN

  • SENYUMAN adalah sedekah yang mahal harganya tetapi sangat mudah untuk dilakukan oleh semua orang.
  • SENYUMAN menambahkan keceriaan muka dan kemanisan yang ada.
  • SENYUMAN sangat mahal tetapi semua orang sangat mudah untuk memilikinya walaupun miskin.
  • SENYUMAN bukanlah benda yang remeh sehingga orang kaya tidak berhajat kepadanya.
  • SENYUMAN menurunkan suhu kemarahan.
  • SENYUMAN mengurangkan darjah kesedihan.
  • SENYUMAN memberikan kekuatan kepada yang keletihan.
  • SENYUMAN memulihkan semangat orang yang kecewa.
  • SENYUMAN mengurangkan bebanan kepada yang kerunsingan.
  • SENYUMAN tidak boleh dicuri, dibeli, dipinta atau dipinjam kerana ianya sangat berharga apabila diberi sebagai hadiah.
  • SENYUMAN yang diberi pasti akan kembali kepada pemberi.
  • SENYUMAN menjadikan seseorang sentiasa kerinduan.
  • SENYUMAN adalah sebagai pembuka dan penutup perjumpaan yang amat berharga.
  • SENYUMAN berharga setelah ianya diberi.

SENYUMAN ADALAH SUNNAH BAGINGA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Isnin, 11 Februari 2008

UNGKAPAN BANJAR


DIPETIK DARI BUKU: UNGKAPAN TRADISIONAL DAERAH KALIMANTAN SELATAN.


Anaknya itik, umanya angsa
Maknanya: Anak yang pandai berasal dari orang tua yang pandai juga.Ungkapan ini diucapkan sebagai kata-kata pujian terhadap orang tua yang berhasil dalam mendidik anak.

Anak jangan satitilahnya kaina kuwitan diulahnya kuda
Maknanya: Anak jangan terlalu dimanjakan nanti orang tuanya sendiri dijadikannya hamba.Unagkapan ini kengingatkan ibu bapa supaya mendidik anak menjadi manusia yang baik dan berbudiluhur dengan pengajaran agama dan moral. Anak jangan terlalu simanjakan sangat sehingga nanti berani membantah kata orang tua bahkan mungkin memerintah atau memarahi orang tuanya.

Bagai tilambung gugur ka licak
Maknanya: Orang muda yang gemar berbuat tidak senonoh tapi ia bangga dengan perbuatannya.Ungkapan ini sebagai sindiran kepada orang muda yang macal spt menunjuk samseng, suka mengacau anak bini orang, men...an , imbah balagak inyalah nang kuat wani

Bagaimana maruwak banyu di bumbung
Maknanya: Berbicara terus menerus tanpa membri kesempatan kepada urang lain didalam sesuatu musyawarah.Ungkapan ini sebagai sindiran kepada urang yang hanya mahukan orang lain mendengar hujahnya sahaja. Pendapat orang lain seolah-olah semuanya tak betul.

Bagus cubik pada panai.bagus bairik pada baranai
Maknanya: Bekerja lebih baik pada berdiam diri sahaja.Ungkapan ini diucap sebagai ajakan supaya rajinan bagawi kada mun kulir, aur badiam haja kada apa-apa ulahan.

Banyak muntung haran nasi
Maknanya: Orang yang banyak cakap kosong membuang waktu, sedangkan kerja tidak diselesaikan.

Amun wani manimbai lunta, maka wani jua manajuni
Maknanya: Apabila berani melakukan sesuatu perbuatan, maka harus pula berani menanggung resiko yang mungkin timbul dariya.Ungkapan ini sebagai ingatan supaya semua pekerjaan atau keputusan yang dibuat mestilah difikirkan dahulu baik buruknya. Setelah keputusan dibuat harus pula berani mempertahan dan bertanggungjawab pula untuk melaksanakannya.

Bilang kada babulu lagi landau
Maknanya: Orang yang bekerja keras untuk memberi nafkah keluarganya.Ungkapan ini sebagai peringatan supaya kita semua mesti ada rasa tanggung jawab dan sentiasa bekerja kuat untuk menanggung keluarga.

Bilang kada kabantaan
Maknanya: Pekerjaan (pengorbanan) yang tidak mendatangkan hasil.Misalnya - kuwitan nang membelajakan wang ringgit hagan anak, tapi nang anak menggunakan pambarian dengan boros kepada perkara yang kada berfaedah dan akhirnya anak itu gagal, kada dapat apa yang diharapkan. (nota: banta - sejenis rumput,batangnya keras dan tajam yang boleh melukakan).

Ca kada bungul malanah uyah saurang
Maknanya: Sangat bodohlah sekiranya seseorang itu dengan sengaja merosakkan nama baik keluarga sendiri.Ulasan: Ungkapan ini memberi nasihat agar kita sentiasa menjaga martabat dan nama baik keluarga.

Cung palangan, siapa mmenjapai buruk tangan
Maknanya: Orang yang sudah mengakui kesilapannya janganlah di terus jadikan tumpuan umpatan selamanya. .Ulasan: Bila sesorang itu telahpun mengakui kesilapannya, haruslah kita memaafkan dan memberi peluang kepadanya untuk memperbaiki dirinya.(cung palangan - satu permainan kanak-kanak, ilah main jadi-jadi.)

Dasar rajaki halang kada ta ka musang
Maknanya: Rezeki yang ditentukan Allalh tidak akan beralih kepada orang lain.
Ungkapan ini diucapkan supaya kita jangan merasa kecewa sangat kalau tidak mendapat apa yang dihajatkan tambahan pula kalau apa yang diharapkan itu diberikan pula pada orang lain. Mungkin bukan rezeki kita pada kali ini, segalanya adalah ketentuan ilahi.

Halus mun iwak, ganal mun biawak
Maknanya: Terimalah rajaki nang walau sadikit tapi halal, ianya labih baik pada nang ganal tapi didapat melalui cara haram.

Diulah salawar kada mayu, diulah baju kagubiran
Maknanya: Orang yang ilmunya kepalang tanggung tidak seharusnya dijadikan pemimpin.ungkapan ini diucapkan hagan menasihati urang anum supaya bersungguh menuntut ilmu, kada magan separuh jalan kada tuntung. Kerana dengan ilmu dapat menjamin kemampuan maolah gawian yang baik dan sampurna

Makan kada baanca, kaya warik tajun ka kacang
Maknanya: Hidup kada maikut adat/ aturan.ulasan: Dalam kehidupan bermasyarakat, kita mestilah mengikut adat atau aturan dari segi tingkah laku dan perbuatan. Tidak mengikut suka hati sendiri sahaja sampai mengganggu ketenteraman awam.

Mana umpat bahinggap mana umpat bataduh
Maknanya: hidup sentiasa bergantung kepada urang lain.Diucapakan kepada urang nang kulir bagawi. Hidup hanya bagantung pada kuwitan ataupun mintuha sugih. Sepaptutnya bisa pang mancari nafkah saurang.

Manusia kada mamak dijarang
Maknanya: Orang yang marasaakan pandapat saurang haja nang bujur, kada mahirani awan pendapat orang lain. Ia haja yang bujur urang lain sunyaannya salah.

Hidup manimpakul
Maknanya: Biar dicela urang asal hidup senang.
Ungkapan ini menyindir urang yang mementingkan diri sendiri sahaja, tidak mengambil kisah hal urang lain.

Kalakuan maniniwah
Maknanya: Berkelakuan tidak senonoh.
Ungkapan ini berupa pngajaran supaya sentiasa berkelakuan baik, tidak berkelakuan tidak seperti kebiasaan urang sehingga menjadi kebencian masyarakat.

Tinggi gunung tinggi lagi halalang
Maknanya: Setinggi mana pun pangkat atau kedudukan tentu ada lagi yang lebih tinggi daripadanya. Sesungguhnya pangkat dan kedudukan hanya sementara. Adalah tidak wajar bersifat takbur, menganggap diri lebih tinggi dari orang lain, tetapi harus sentiasa saling menghargai dan menghormati antara satu sama lain.

Tahu makan ha, kaya ular pampaut
Maknanya: Tidak mau bekerja, sentiasa mengharap pemberian orang sahaja.
Ungkapan ngini membari nasihat supaya jangan kulir bagawi, tapi berusaha mancari nafkah,tidak hanya bergantung kepada orang lain.

Powered By Blogger